Sejarah dan latar belakang Kudeta Gapsin

Selepas Kejadian Imo tahun 1882, usaha reformasi awal di Korea mengalami kemunduran besar.[1] Kesan peristiwa itu juga membawa orang-orang China ke Korea dan mereka mula campur tangan secara langsung dalam urusan dalaman Korea,[1] melakukan beberapa inisiatif untuk mendapatkan pengaruh yang signifikan terhadap pemerintah Korea.[1] Seorang sejarawan Korea menyatakan bahawa "pemerintah China mulai mengubah bekas negara uftiannya menjadi separa jajahan dan dasarnya terhadap Korea secara substansial mengubah menjadi negara imperialis baru iaitu negara dipertuan menuntut hak istimewa tertentu daripada negara bawahannya".[2] Pada tanggal 4 Oktober 1882, pemerintah Korea menandatangani sekumpulan peraturan perdagangan baru[nb 2] yang mengizinkan pedagang China untuk berdagang di Korea dan memberi mereka kelebihan besar daripada orang Jepun dan orang Barat, peraturan tersebut juga memberikan hak keluarwilayahan istimewa sebelah pihak kepada China dalam kes sivil dan jenayah.[2] Walaupun mengizinkan orang Korea untuk saling berdagang di Beijing, perjanjian itu bukan persetujuan tetapi pada hakikatnya dikeluarkan sebagai peraturan untuk pihak bawahan,[1] ia juga menegaskan kembali ketergantungan Korea pada China.[2] Pada bulan Disember, dua pejabat peringkat tinggi, Oeamun (Pejabat Luar Negeri) dan Naeamun (Pejabat Dalam Negeri) didirikan. Oeamun menguruskan hal ehwal luar negeri dan perdagangan, manakala Naeamun bertanggungjawab dalam hal ketenteraan dan urusan dalaman. Atas cadangan China, dua orang penasihat dilantik ke pejabat luar: Paul Georg von Möllendorff dari Jerman yang pernah berkhidmat di Perkhidmatan Kastam Maritim China dan diplomat China Ma Jianzhong.[4] Formasi ketenteraan Korea yang baru, Chingunyeong (Perintah Kawalan Ibu Kota), juga diwujudkan dan dilatih oleh Yuan Shikai.[4] Orang Cina juga mengawasi penciptaan Layanan Kastam Maritim Korea pada tahun 1883 dengan von Möellendorff sebagai ketua.[1] Korea sekali lagi diturunkan menjadi negara uftian China apabila Raja Gojong tidak dapat melantik diplomat tanpa persetujuan China[4] dan pasukan keselamatan China juga ditempatkan di Seoul untuk melindungi kepentingan China di negara itu.

Kemunculan Parti Pencerahan

Sekumpulan kecil reformis telah muncul di sekitar Gaehwadang (Parti Pencerahan) dan menjadi kecewa dengan langkah pembaharuan yang terlalu kecil dan tidak dipandang serius.[1] Anggota yang membentuk Parti Pencerahan ialah orang Korea yang muda, berpendidikan tinggi dan kebanyakannya berasal dari kelas yangban.[1] Mereka kagum dengan perkembangan di Meiji Jepun dan ingin menirunya.[1] Ahli-ahlinya termasuk Kim Ok-gyun, Pak Yung-hio, Hong Yeong-sik, Seo Gwang-beom, dan Soh Jaipil.[1] Kumpulan ini juga sangat muda; Pak Yung-hio berasal dari keturunan berprestij yang berkaitan dengan keluarga diraja, berusia 23, Hong berusia 29, Seo Gwang-beom 25, dan Soh Jaipil berusia 20, dengan Kim Ok-gyun yang tertua, pada usia 33 tahun.[1] Semua telah menghabiskan beberapa waktu di Jepun, Pada tahun 1882, Pak Yung-hio telah menjadi sebahagian daripada misi yang dikirim ke Jepun untuk meminta maaf atas kejadian Imo.[1] Beliau telah ditemani oleh Kim Ok-gyun yang kemudiannya berada di bawah pengaruh pemoden Jepun seperti Fukuzawa Yukichi dan juga oleh Seo Gwang-beom. Kim Ok-gyun, ketika turut belajar di Jepun, telah menjalin persahabatan dengan tokoh-tokoh Jepun yang berpengaruh dan merupakan pemimpin kumpulan tersebut secara de facto.[1] Mereka juga sangat nasionalis dan ingin menjadikan negara mereka benar-benar merdeka dengan mengakhiri campur tangan China dalam urusan dalaman Korea.[5]

Peningkatan kuasa suku Min dan konservatif

Dalam sejarah Korea, mentua raja menikmati kekuatan besar dan Daewongun mengakui bahawa mana-mana menantu masa depan mungkin mengancam kekuasaannya.[5] Oleh itu, beliau berusaha mencegah kemungkinan ancaman terhadap pemerintahannya dengan memilih permaisuri baru untuk puteranya daripada kalangan gadis yatim piatu dari suku Yeoheung Min, sebuah suku yang tidak mempunyai hubungan politik yang kuat.[5] Dengan Permaisuri Min sebagai menantunya dan permaisuri kerajaan, Daewongun merasa aman dalam kekuasaannya.[5] Namun, setelah menjadi permaisuri, Min merekrut semua kerabatnya dan meminta mereka dilantik ke jawatan berpengaruh atas nama raja. Permaisuri juga bersekutu dengan musuh politik Daewongun, sehingga pada akhir tahun 1873, baginda telah menggerakkan pengaruh yang cukup untuk mengusir Daewongun daripada kekuasaan.[5] Pada bulan Oktober 1873, ketika sarjana Konfusianisme Choe Ik-hyeon menyerahkan peringatan kepada Raja Gojong yang mendesaknya untuk memerintah dengan sendirinya, Permaisuri Min merebut kesempatan untuk memaksa persaraan ayahanda mentuanya sebagai pemangku.[5] Keberangkatan Daewongun diikuti dengan Korea meninggalkan dasar pemencilannya.[5]

Melalui kenaikan Permaisuri ke takhta, suku Min juga dapat menggunakan institusi yang baru dibuat oleh pemerintah sebagai pangkalan untuk kekuatan politik, dan dengan monopoli kedudukan penting mereka yang semakin meningkat, mereka mengecewakan cita-cita Parti Pencerahan.[1] Setelah peristiwa Imo pada tahun 1882, suku Min menjalankan dasar pro-China. Ia sebahagian daripada peluang untuk mereka kerana campur tangan tentera China yang menyebabkan pengasingan saingannya Daewongun di Tianjin dan perluasan pengaruh China di Korea. Ia juga mencerminkan sikap ideologi yang lebih selesa dan tradisional dengan hubungan Korea sebagai negara uftian China, dan perasaan ini turut dikongsi oleh banyak orang Korea.[1] Sadaedang, sebuah kumpulan konservatif, bukan hanya termasuk Min Yeong-ik dari keluarga Min tetapi juga tokoh politik terkemuka termasuk Kim Yun-sik dan Eo Yun-jung yang ingin mempertahankan kekuasaan dengan bantuan China. Walaupun para anggota Sadaedang menyokong dasar pencerahan, mereka menyukai perubahan bertahap berdasarkan model Cina.[5] Akibatnya, suku Min menjadi penyokong falsafah "dongdo seogi" (Mengamalkan ilmu Barat sambil menjaga nilai-nilai Timur), ini berasal dari idea-idea reformis Cina sederhana yang telah menekankan perlunya mempertahankan nilai-nilai budaya yang dirasakan unggul dan warisan[5] dunia Sinosentrik sambil menyedari pentingnya memperoleh dan menggunakan teknologi Barat, terutama teknologi ketenteraan, untuk memelihara autonomi. Oleh itu, berbanding pembaharuan institusi utama seperti penyesuaian nilai-nilai baru seperti kesaksamaan undang-undang atau memperkenalkan pendidikan moden seperti di Meiji Jepun, para penyokong aliran pemikiran ini mencari penerapan institusi yang sedikit demi sedikit akan mengukuhkan negara sambil mengekalkan asas sosial, ketertiban politik, dan budaya.[1]